Saturday 26 March 2011

intro ! 1..2..3.. Cobaan Cinta

By : Zaraa Zahmin

TAJUK : 1.. 2.. 3.. Cobaan Cinta .

“salahkah andai pertanyaanku itu tiada makna ?” :- jia

“kita tak pernah berjanji , namun aku sudah terikat pada persoalanmu.” :-qusyairy


JIA ZARA seorang gadis yang positif . masih muda dan tidak terburu-buru untuk mengejar kemewahan dunia . Matang dan bijak dalam membuat keputusan . tak pernah tersungkur pada mana-mana adam yang mampu untuk mencairkan hati hawanya . dalam erti kata yang lain , jia juga bijak mengawal emosi . namun , pertemuan singkat itu membuatkan hati jia jadi tidak keruan . lelaki itu telah membuatkan hidup jia jadi tidak tentu arah . Qusyairy memenuhi kuota yang ditetapkan jia sebagai lelaki pilihan .  peluang yang ada tidak jia gunakan dengan sebaiknya .sesalan itu terselit secara diam-diam . tiada sebarang perkenalan rasmi diantara mereka yang membuatkan sesalan jia semakin menebal . 3 tahun berlalu , jia masih mengharapkan qushairy . tulus cinta tengku nazril turut dibalas hambar . kerana qusyairy , jia sanggup merana .

NABIL QUSYAIRY pria yang bisa meruntun hati gadis yang melihat ketampanan wajahnya . rambut panjang separas bahu , sunnah nabi menjadi ikutan . seorang yang cepat putus asa namun akhirnya berfikiran waras hanya kerana pesanan dan dorongan dari ibu tercinta . perkenalan yang sekejap itu membawa impak yang mendalam terhadap dirinya . menyesali kebodohan sendiri yang tidak mengorak langkah pertama untuk bertanyakan tentang alternatif untuk terus berhubung dengan dewi pujaan . mana mungkin jia memulakan langkah . masakan timba mencari perigi . keresahan tak pernah hilang walaupun 3 tahun telah berlalu . hana laila terus-terusan membayangi langkah qusyairy . rimas diperakukan begitu , namun qusyairy bukan jenis lelaki yang kasar dengan wanita .Siapa tahu , qusyairy jua merasakan kesakitan jia .

TENGKU NAZRIL mencintai jia pada pandangan pertama . walaupun pada hakikatnya , dari awal lagi telah jia maklumkan bahawa hati jia hanya pada qusyairy . namun , tengku nazril tidak berputus asa . usaha terus ditingkatkan . rasa sayang tehadap jia semakin menebal apabila jia semakin kecewa terhadap kebodohan silamnya itu . namun , berjayakah tengku nazril menawan hati kerikil jia yang hanya terukir nama qusyairy ?

HANA LAILA tak pernah mengalah dalam usaha menawan hati qusyairy . biarpun sudah banyak kali dikecewakan namun terus-terusan membayangi jejak langkah qusyairy . sehinggakan sanggup menjatuhkan maruah sendiri semata-mata hendak membuktikan kesungguhannya untuk memiliki sekeping hati nabil qusyairy . sungguhlah madah pujangga , cinta itu memang buta .

2 comments:

  1. wah..best2..permulaan yg baik :)

    ReplyDelete
  2. thanx :)
    sebenarnye , time ade idea , berkobar2 . tp time idea kering , huihh . seksa . =="

    ReplyDelete