Saturday 26 March 2011

bab 5

Ceritera Jia .

            Pandangan aku lemparkan ke jalan dan rumah kedai yang berderet . Aku mendongak apabila Uncle Mus memberitahu bahawa bangunan yang tinggi itulah dipanggil sebagai Komtar atau nama penuhnya Kompleks Tun Abdul Razak . Toyota Alphard Uncle Mus sudah pun memasuki bandar Georgetown . Adik-adikku yang lena sepanjang perjalanan tadi terjaga dek kerana keriuhan aku . He he he , memang sengaja buat riuh pun . Takkanlah nak proses air liur basi tak habis-habis kut .

            Mak Lang bersembang dengan Uncle Mus . Entah apa yang dibualkan , aku tak ambil peduli . Yang pasti , hasrat aku untuk menjejakkan kaki ke Penang dah tercapai . Tiba-tiba , Uncle Mus berhenti di tepi jalan . Aik , kereta rosak ke ? Bukan dah hantar servis ke ? Aku ikut time Uncle Mus servis kereta hari tu .

            “Kenapa Uncle ?” Soal aku kehairanan .

            “Saja suka-suka . Syok apa berhenti tepi jalan ,” Uncle Mus mengusik aku .

            “Ishh Uncle ni ! Elok-eloklah ...” Kena sakat lagi . Sama je Mak Lang dengan Uncle Mus laki bini . Kerjanya nak mengusik aku je ! Ishhh ...

            Mak Lang tersenyum melihat gelagat kami . “Jia , Uncle Mus kau ni , lupa nak bawak GPS . Dah tua agaknya , semua barang pun lupa . Kita bukan saja-saja nak tersadai kat sini Jia sayang , kita tengah tunggu Uncle Roslan , kawan Uncle Mus yang Mak Lang cakapkan tu ,” jelas Mak Lang panjang lebar .

            Ooo . Aku pun memuncungkan mulutku tanda mengerti . Uncle Mus yang berada di sebelahku menarik bibirku . “Auchh ! Sakitlah uncle !” aduku kesakitan .

            “Ha ha ha ! Dah nak jadi mak budak , tapi perangai macam budak-budak lagi . Jia , Jia ...” Uncle Mus mengusikku tanpa jemu . Sehari tak mengusik , memangtak lengkap hidup . Yang Uncle Roslan tu pun , tak reti tunggu awal-awal ke ? Haihh ...

            Sedang aku melontarkan pandanganku ke arah deretan kedai , tiba-tiba aku merasakan yang poket seluarku bergetar . Uiks ?! Apa ni ? Eh laa , telefon kau la biol .Isk isk isk ... Alamak , vibration stop sudah . Sabah bah . He he he . Aku lihat ke skrin telefon . Ohh , Tengku ni ke . Tak jawab pun takpe .Ingatkan Afia tadi . Hmm , sebut pasal Afia , rindu pulak kat si pendek tu ! Dengan ketinggian 153cm , mana aku tak panggil dia pendek . Tu pun , ada hati nak masuk navy .Takpelah , bapak kau kenal banyak orang dalam .

            Ehh laa , tengok ! Pasal Afia ni , memang tak boleh nak sebut . Tak pasal-pasal dah boleh buat karangan . Berbalik pada Tengku ni . Aku tak tahu macam mana dia boleh dapat nombor aku . Entah cimpanzee mana yang gatal-gatal pergi passing nombor aku . Heee , mengundang betul ! Setakat chatting kat skype , aku still boleh terima . Tapi bila dah pecah privasi aku ni , melampaulah kan .

             Pengecut pulak tu . Tak reti-reti ke nak mintak sendiri kat aku nombor telefon tu kalau dah hingin sangat ? Apa , kalau dah pangkal nama tu Tengku , darah keturunan Tengku , kau boleh buat suka hatilah ? Huhhh ... Tengok , melalut sudah . Meh nak buat esei pasal mamat ni . Tengku Nazril Hazran , atau nama komersialnya , Naz . Dia ni , tergolong dalam kategori orang-orang yang tak paham bahasa . Pendek kata , kalau aku dah buat tak layan tu , paham-paham je la yang kau tu dah kena reject ! Haiyoo !

            Dalam aku dok melalut-lalut tu , handphone aku vibrate lagi ! Lahh mamat ni ! Aku biarkan sahaja tanpa ada rasa simpati kepada si pemanggil . Hilang mood aku untuk menikmati pemandangan kosmik di bandar Georgetown ini .

            Setelah lebih kurang 10 minit menunggu , akhirnya kawan uncle Mus tiba . Dan kami pon berkonvoi sampailah ke teratak  Uncle Roslan yg besar gedabak . Perghh ! Cool okey ! Rasa macam nak cakap , Uncle Mus , stay kat rumah Uncle Roslan jelah ek ! He he he .

1 comment: