Saturday 26 March 2011

bab 5

Ceritera Jia .

            Pandangan aku lemparkan ke jalan dan rumah kedai yang berderet . Aku mendongak apabila Uncle Mus memberitahu bahawa bangunan yang tinggi itulah dipanggil sebagai Komtar atau nama penuhnya Kompleks Tun Abdul Razak . Toyota Alphard Uncle Mus sudah pun memasuki bandar Georgetown . Adik-adikku yang lena sepanjang perjalanan tadi terjaga dek kerana keriuhan aku . He he he , memang sengaja buat riuh pun . Takkanlah nak proses air liur basi tak habis-habis kut .

            Mak Lang bersembang dengan Uncle Mus . Entah apa yang dibualkan , aku tak ambil peduli . Yang pasti , hasrat aku untuk menjejakkan kaki ke Penang dah tercapai . Tiba-tiba , Uncle Mus berhenti di tepi jalan . Aik , kereta rosak ke ? Bukan dah hantar servis ke ? Aku ikut time Uncle Mus servis kereta hari tu .

            “Kenapa Uncle ?” Soal aku kehairanan .

            “Saja suka-suka . Syok apa berhenti tepi jalan ,” Uncle Mus mengusik aku .

            “Ishh Uncle ni ! Elok-eloklah ...” Kena sakat lagi . Sama je Mak Lang dengan Uncle Mus laki bini . Kerjanya nak mengusik aku je ! Ishhh ...

            Mak Lang tersenyum melihat gelagat kami . “Jia , Uncle Mus kau ni , lupa nak bawak GPS . Dah tua agaknya , semua barang pun lupa . Kita bukan saja-saja nak tersadai kat sini Jia sayang , kita tengah tunggu Uncle Roslan , kawan Uncle Mus yang Mak Lang cakapkan tu ,” jelas Mak Lang panjang lebar .

            Ooo . Aku pun memuncungkan mulutku tanda mengerti . Uncle Mus yang berada di sebelahku menarik bibirku . “Auchh ! Sakitlah uncle !” aduku kesakitan .

            “Ha ha ha ! Dah nak jadi mak budak , tapi perangai macam budak-budak lagi . Jia , Jia ...” Uncle Mus mengusikku tanpa jemu . Sehari tak mengusik , memangtak lengkap hidup . Yang Uncle Roslan tu pun , tak reti tunggu awal-awal ke ? Haihh ...

            Sedang aku melontarkan pandanganku ke arah deretan kedai , tiba-tiba aku merasakan yang poket seluarku bergetar . Uiks ?! Apa ni ? Eh laa , telefon kau la biol .Isk isk isk ... Alamak , vibration stop sudah . Sabah bah . He he he . Aku lihat ke skrin telefon . Ohh , Tengku ni ke . Tak jawab pun takpe .Ingatkan Afia tadi . Hmm , sebut pasal Afia , rindu pulak kat si pendek tu ! Dengan ketinggian 153cm , mana aku tak panggil dia pendek . Tu pun , ada hati nak masuk navy .Takpelah , bapak kau kenal banyak orang dalam .

            Ehh laa , tengok ! Pasal Afia ni , memang tak boleh nak sebut . Tak pasal-pasal dah boleh buat karangan . Berbalik pada Tengku ni . Aku tak tahu macam mana dia boleh dapat nombor aku . Entah cimpanzee mana yang gatal-gatal pergi passing nombor aku . Heee , mengundang betul ! Setakat chatting kat skype , aku still boleh terima . Tapi bila dah pecah privasi aku ni , melampaulah kan .

             Pengecut pulak tu . Tak reti-reti ke nak mintak sendiri kat aku nombor telefon tu kalau dah hingin sangat ? Apa , kalau dah pangkal nama tu Tengku , darah keturunan Tengku , kau boleh buat suka hatilah ? Huhhh ... Tengok , melalut sudah . Meh nak buat esei pasal mamat ni . Tengku Nazril Hazran , atau nama komersialnya , Naz . Dia ni , tergolong dalam kategori orang-orang yang tak paham bahasa . Pendek kata , kalau aku dah buat tak layan tu , paham-paham je la yang kau tu dah kena reject ! Haiyoo !

            Dalam aku dok melalut-lalut tu , handphone aku vibrate lagi ! Lahh mamat ni ! Aku biarkan sahaja tanpa ada rasa simpati kepada si pemanggil . Hilang mood aku untuk menikmati pemandangan kosmik di bandar Georgetown ini .

            Setelah lebih kurang 10 minit menunggu , akhirnya kawan uncle Mus tiba . Dan kami pon berkonvoi sampailah ke teratak  Uncle Roslan yg besar gedabak . Perghh ! Cool okey ! Rasa macam nak cakap , Uncle Mus , stay kat rumah Uncle Roslan jelah ek ! He he he .

bab 4

Ceritera Qi .

            Yes ! Lagi dua page , and then , FREEDOM ! Yeahh , sakit kepala otak nak menghabiskan thesis ni . Dah tinggal dua page , lega giler beb . Baby are down down down down down ... lalala ... Kerana senang hati , aku menyanyi-nyanyi riang sambil menaip ayat-ayat penutup thesis aku ni .

            Betul kata mama , bila kita buat sesuatu kerja atas daya dan usaha sendiri , kepuasan yang dirasakan berlainan sekali . I can’t deny it, ma . You were  absolutely right . Qi takkan hampakan harapan mama dan papa . Qi janji ! Ewahh , cakap sorang-sorang lagi aku ni . Aku perhati sekeliling , nasib baik takde siapa . Kalau tak , mahunya aku ni di cop Mamat Sewel of The Year . Heee , mintak simpang !

            Tadi , semasa aku melewati kafe , aku ternampak Izwa and the gang . Aduh , silap jalan pulak . Tapi , sempat aku mengelak sebab dia dah ternampak si Aiman biol tu . Hah, dah tu pulak , si Izwa pun menahan Aiman yang tak sempat nak lari tu . Ha ha ha . Nasib kaulah , Aiman . Tepat tekaan aku . Memang si Aiman yang bagi nombor handphone aku kat maknyah opera tu . Ish ish ish , nyaringnya suara singa tu ! Sampai belakang pokok ni aku dengar . Izwa mengamuk sakan apabila ‘ditipu’ Aiman . Padahal memang betul pun nombor tu . Idea laundry machaa menyelamatkan aku ! He he he .Geliga bebeno otak mu ni , Qi ! Aiseyhh , air laut masin sendiri pulak ! Uishh , jauhnya aku ‘melayang’ .
           
            Aku meneruskan kerjaku . Tiba-tiba ...

            “Dey machaa ! Apa kau feeling sorang-sorang kat bawah pokok ni ? Sampai aku pun kau tak ajak . Teringat kat Izwa ke ...” Aiman yang entah dari mana hala , muncul dan menyergahku dari belakang . Terkejut cimpanzee aku dibuatnya . Dah tu , boleh pulak dengan rasa tak bersalahnya menyebut nama maknyah opera tu depan aku ? Kurang ajar punya mamat ! Memang dok menempah sup kasut dia ni . Kasut nike aku ni pulak , dah lama sangat aku tak sembur dengan fabreze , memang aroma dia , perghh ! Mengancam wa cakap lu !

            “Ohh , kau Aiman . Aku ingatkan anak badak manalah terlepas tadi . Eh , kau sebut nama Izwa tadi , aku teringat something lah . Wehh , sinilah ! Mana kau nak lari hah ? Celaka kau Aiman ! Yang pergi kasi nombor aku kat dia apehal ?!” Aiman yang menyedari angin kus-kus ku sudah tiba , mengangkat kaki terlebih dahulu .

            Ooo , nak ajak aku buat marathon ye ? Ahh , biarlah si Aiman tu . Malam karang , siap dia dengan aku . Sebilik pulak kan . Senang kerja aku ! Lagipun , dengan si maknyah opera tadi pun dah kena berdas-das rasanya . Hmm , sedar tak sedar , thesisku dah pun selesai ! Yay ! Amanlah hidup aku lepas ni . Tak payahlah aku pergi perpustakaan . Tak payahlah aku nak menghadap Mr. Wilson yang bertindak sebagai pengelola thesis aku ni . Lega hidup ! Weehoo !

            Setelah selesai , aku kemas barang-barangku . Netbook hadiah pemberian papa aku simpan dengan cermat . Pendrive yang bertali itu aku gantung di leherku . Langkah ku susun ke perpustakaaan untuk kali terakhir hanya kerana niat untuk mencetak thesisku yang entah berapa ribu muka surat itu . Aduh , berapa ratus pulak aku nak kena prepare ni . Hmm ...

            Tiba-tiba handphone ku berbunyi . Dari nada dering , pemanggilnya adalah mama . Agaknya kenapa ek ? “Hello , ya mama ... Ada kat library ... Hmm , Ahad ni ... Hah ? Kenapa pulak ? Along dengan Angah kan ada ? ... Tak lah , lagipun Qi balik Penang tu sekali-sekala je kan , diorang lagi arif pasal jalan-jalan kat Penang tu ... Hmm , yelah yelah ... Qi balik petang ni ... Lepas Asar , Qi bertolak ye ... Ye , mama jangan risau ... Mama sihat ke ? ... Qi sihat , alhamdulillah ... Rindu nak makan gulai tempoyak mama ... Mama masak ye ? ... Insya Allah Qi sampai dalam pukul 11 ... Qi tak singgah mana-mana ... Okay mama ... Ye Qi janji ... Take care , mama ... See you soon ... Waalaikumussalam ...” Alamak ... Baru ingat nak bersenang-lenang . Tengok-tengok , mama dah bagi job ? Nasib kau laa Qi .

            Yang kawan papa tu pun , nak datang vacation , wrong timing betullah ! Eh ,tak baik kau Qi . Diorang datang jauh-jauh , kau nak membebel pulak . Tetamu tu . Hmmm , sebab mama , aku sanggup ! Penang , tunggu ye . Jap lagi aku sampai ... 

bab 3

Ceritera Jia .

            “Hykal , barang kau mana ? Cepatlah sikit , lembablah kau ni . Memang patut Mak Lang membebel kat kau . Bla bla bla ...” hmm , manalah Mak Lang tak bengang dengan anak teruna dia yang sorang ni , bersiap mengalahkan pompuan . Aku pun tak paham dengan kerenah si Hykal ni . Sejenak , Hykal datang menyergahku dari belakang .

            “Kak Jia ni ! Membebel macam mak nenek . Sabarlah , Hykal tengah charge PSP tadi .” Hykal bela diri .  Ada je alasan dia . Aku cepuk jugak mamat tak cukup umur ni kang !

            “Wei , bukan saja-saja Kak Jia nak bebel okay . Yang Hykal tu , bersiap mengalahkan mak andam bersolek , mana Kak Jia tak hangin  dik ooi ! Dah , mana beg kau ? Apa je barang kau yang nak sumbat dalam boot ? Bak sini akak nak susun .” Sudah malas mahu bertekak , aku arah si Hykal meletakkan beg pakaiannya ke dalam boot kereta untuk aku susun .

            Seketika kemudian , Uncle Mus datang menyapaku . “Jia , barang-barang semua dah susun ?” Uncle Mus bertanya .

            “Dah Uncle . Err , ada barang yang Uncle nak sumbat lagi ke ?” tu dia , ayat sempoi punya ! Alaa , Uncle Mus dengan aku , dah macam bapak dengan anak . Kamceng gitu . Tu yang sempoi semacam . He he he . Kalau nak tahu , kadang-kadang apa yang aku nak , aku mintak dengan Uncle Mus . Jarang sekali aku menyuarakan keinginanku terhadap sesuatu kepada Mak Lang . Bukan apa , lelaki ni  tak banyak kerenah . Nak pulak , Uncle Mus ni memang easy going . I like ! Cewaahhh , gedik sudah ! He he he .

            “Tak ada dah kot , Jia . Bolehlah tutup boot tu . Hmmm , dah . Jia pergi masuk , panggil Mak Lang dan adik-adik . It’s time to start our journey . Uncle takut sampai lambat pulak .” Arah Uncle Mus . Tanpa berlengah , aku masuk ke dalam rumah dan memanggil mereka semua .

            Aku jengah ke dapur . Sunyi . Aku lihat ada bakul berisi makanan ringan dan air kotak . Mungkin bekalan untuk perjalanan kami nanti . Aku perhati keadaan sekeliling untuk memastikan semuanya dalam keadaan sempurna . Pintu belakang sudah dikunci , checked ! Dapur gas dah tutup , checked ! Suis yang tak berkenaan , sudah dimatikan . Checked ! Setelah memastikan semuanya sempurna , aku capai bakul itu kemudian berlalu ke tingkat atas untuk mencari Mak Lang dan adik-adik .

            Sebelum sampai ke bilik Mak Lang , aku melintasi bilik anak-anak dara Mak Lang . Woihh ! Mandi perfume  ke apa ?! Wangi giler nak mampos ! “Adelia , Anya ! Korang ni , ya rabbi ! Seksa hidung Kak Jia ni , haa .” Yaa , aku membebel lagi . Aduhai budak-budak ni , kecik-kecik lagi dah pandai mengebat . Yang sorang darjah enam , yang sorang lagi , baru nak masuk darjah empat . Tapi perangai mengalahkan orang bekerja . Hai , nasib Mak Langlah dapat anak-anak yang “bijak” ni .

            Adelia dan Anya tersengih . Apa korang ingat lawa sangatlah sengihan korang tu ? Sabar Jia , sabar . Kemudian , Adelia bersuara , “Alaa Kak Jia , macam tak kenal kita orang , kan Anya , kan ? He he he ,” Keningnya dijongket-jongketkan . Ala-ala Ziana Zain gitu . Haa , lawa sangatlah tu .

            “Hmm , betul betul betul ! Kak Jia nak pakai sikit ? Meh sini Anya spray .” Sokong si Anya . Lepas tu , boleh pulak promote perfume tu ?! Bertuah punya adik !
Kedua-dua mereka mengekek apabila melihat aku mengelat dari terkena semburan perfume tu . Amboi , sakan gelak ye . Nanti korang . Siap korang Kak Jia kerjakan !

            “Weh weh ! Sudahlah . Walid suruh turun . Kita dah nak bertolak ni . Check suis lampu semua . Pastikan semua dah tutup . Tengok semua barang-barang yang nak bawak , ada tak . Karang tertinggal , Kak Jia tak tahu . Dah pesan ni ,” Aku berpesan pada anak dara berdua ni . Maklumlah , walaupun bukan kakak kandung , tapi aku dah anggap mereka macam adik kandung aku sendiri . Keselamatan mereka , keselesaan mereka , ku rasakan telah menjadi tanggungjawabku . Adelia dan Anya mengangguk . Kemudian , Mak Lang muncul di muka pintu .

            “Dah siap ke semua ? Jom , dah nak pergi ni .” Tanya Mak Lang .
           
            “Dah umi .”
            “Dah Mak Lang .”

            Kemudian , aku mengisyaratkan kepada Adelia dan Anya . Setelah kiraan tiga , kami bersama-sama menjeritkan nama Hykal . Aku tunjuk isyarat jari . 1 , 2 , 3 !

            “HYKAL ! Kita orang gerak dulu ! Bye !!”

            Hykal muncul dari biliknya dengan terkocoh-kocoh . Haa , tahu kalut . Tak habis-habis dengan PSP dia tu . Macam dia sorang je ada PSP dalam dunia ni !

            “Woi ! Sabarlah ! Umi ! Tunggu Hykal !”

            Dan kami pun memulakan perjalanan . Dalam kereta , aku dan Uncle Mus rancak bersembang . Mak Lang duduk di belakang . Pening kepala katanya . Hai Mak Lang , ada orang baru ke ? He he he . Macam-macam topik yang kami bualkan . Dari gosip , sampailah ke pentas politik . Pendek kata , semua yang kami bicarakan ada isi dan bukan sekadar berbual kosong . Memang best dapat pakcik or bapa macam Uncle Mus ! Walaupun Uncle Mus bukan pakcik kandungku , namun  aku akui , aku lebih rapat dengan Uncle Mus berbanding pakcik-pakcik kandungku yang lain .

            Hykal , Adelia dan Anya masing-masing dengan hal masing-masing . Hykal sudah semestinya dengan PSP . Adelia sudah pandai bertexting dengan Mr. Mystery . Hmm , Anya pula dengan gameboynya . Atas dasar kasihan , Uncle Mus membelikan Anya gameboy . Takut Anya terasa disisihkan kerana melihat aku ada segala-galanya , Hykal dengan PSPnya , dan Adelia dengan handphonenya .

            Dan mereka semua dengan hal masing-masing sampailah ke destinasi . Aku pula menemani Uncle Mus berbual untuk mengelakkan Uncle Mus dari rasa mengantuk .

bab 2

Ceritera Qi .

            Malasnya nak siapkan . Tapi kalau tak siap , habislah pointer aku ! Hmmm , nak suruh si Karim tu buat tak ? Ishh , tak nak lah ! Mama dah pesan , jangan MENIPU ! Habis tu macam mana ni ?? Banyak lagi ni . Arghhh ! Tension ! Hai la thesis , kenapalah kau ni tebal sangat ? Jenuh aku nak menyiapkan kau ! Hmmm , apalah nasib . Sedang aku khusyuk dok membebel sorang-sorang , kedengaran suara Kris Allen melalakkan lagu No Boundaries dari handphone aku . Aduhh , kacau line betullah ! Siapalah yang buta jam ni ? Dah pukul 11.59 malam ni ! Buat macam dalam dunia ni dah takde jam digital . Haa , bagus , senyap pun . Aman sikit dunia aku .

            Seconds , hours , so many days , you know what you want but I’m locking your way ...  Laaa , bunyi pulakk ! Eh laa , tak boleh jadi ni . Alamak ! Izwa ni , mana pulak dia dapat nombor aku ? Stupid mana yang bodoh-bodoh pergi bagi kat pompuan bengkrek ni ?! Ishhh ... Ermm , jawab je lah . Bismillah ...

            “Allo ? Ini Muthusamy Karrupiah punya laundry . Mau hantar baju ka ? Haiyoo , tau ka ini sudah pukul berapa ? Worang mau tidur la !” hehe , baik punya idea ! Nallareke !

            “Erkk ?! Oh , ni bukan nombor Qusyairy ke ? Sorry ! Wrong number !” alamakk ! Celaka punya Aiman ! Ada ke patut dia bagi nombor laundry kat aku ?! Ishhh ! Melepas lagilah ni ! Siap dia besok dengan aku ! Nak kena mamat biol ni ! Arghhh !

            “Ha ha ha ! Padan muka ! Tak malu punya pompuan ! Eii , dah la mekap tebal , dah macam wayang opera aku tengok . Geli nyah ! Ewww , not my taste ! Yucks !” memang hobi aku membebel sorang-sorang . Orang gila pun tak macam aku . Ha ha ha . Standard apa , cakap sorang-sorang . Class gitu !

            Ishh ! Aku tak puas hati betullah ! Siapalah yang gatal pergi bagi nombor aku kat maknyah opera tu ?! Haihh . Si Aiman ni , nasib baik dia tidur mati . Dah takde orang lain punya kerja . Mesti dia yang bagi ! Heyy , aku tengok si Aiman ni , kecik beso kecik beso je ! Ala-ala tagline artis Pilih Kasih tu , ‘tak ada yang lain , Aimanlah dalangnya !’ Ala , aku adjust la sikit . Sabar ya , Aiman . Besok , kau tahulah nasib kau .

            Laa , membebel punya membebel , dah pukul 1 ? Astaghfirullahalazim ... Besok kuliah pukul berapa ek ? Ahh ! Baik aku tidur . Okaylah thesis , besok kita dating lagi . Huwarghhhhh ! Bismikallahummaahyawaamud . Selamat malam dunia ! Sebelum tidur , aku sempat lagi tengok muka tidur pulas si Aiman tu , ada lori ada bas , besok hari aku balas ! Heh heh heh .

bab 1

Ceritera Jia .
           
            Yes ! Finally . Exam dah habis . Fuhhh , penat bebeno nak tunggu final date . Hmmm , nak buat apa ya lepas ni ? Kerja ? agak-agak Mak Lang bagi tak aku kerja ? Huhh , kalau sehari tak membebel , tak sah . Ahhh , biarlah Mak Lang tu . Bukan dia kacau hidup aku pun . In fact , kalau takde dia , takde la sorang insane yang diberi nama Jia Zara Johari . Sedapnya nama . Nama sape la tu ek ? Aiseyhh , poyo ler pulok minah ni ! Ha ha ha .

            Aku tinggal dengan Mak Lang sejak aku kecil . Dari Mak Lang anak dara sampailah dia beranak tiga . Suami dia , aku panggil Uncle Mus . Mak Lang dah suruh aku panggil dia Pak Lang , tapi tak boleh . Rasa macam tak sesuwei pulak . Yelah , siapa suruh Mak Lang cari pakwe ala-ala Will Smith ? Err , memanglah dia tak cerah . Tapi , ayah Uncle Mus tu tak silap aku orang Cape Town kot . Pendek citer , Uncle Mus ni mix la . He he he . Pandai jugak Mak Lang cari .

            Aku baru saja menamatkan Sesi Peperangan Maut (SPM) . Haaa , Dahsyat tak cara aku akronimkan SPM tu ? He he he . Kawan-kawan aku tu , lagi teruk ! Ada ke patut , SPM tu jadi Sedia Pergi Mampus ?? Ha ha ha ! Memang kurang sopan si Afia tu . Cakap pasal Afia , she’s my best mate . Semua masalah aku dalam poket dia . Bagi kami , sharing is loving . So , everything about Jia Zara Johari ada dengan Afia Batrisyia dan semua pasal Afia Batrisyia adalah rahsia rasmi Jia Zara Johari .

            Okay . Enough about them . Semalam , Mak Lang ada cakap , “Jia , hari Jumaat ni , kita nak pergi vacation , okay ? So , make sure you pack your things earlier since I’m telling you now.
           
            “Hah ?? Vacation ? Ohh , so ni la planning Mak Lang and Uncle Mus yang Jia terdengar tu . Hmm , kita nak pergi mana ? Oversea ke ? Bestnye !”

            “Ha’ah . Keep  dreaming , Jia . Nak pergi oversea ? Lintas Penang Bridge tu pun over-the-sea jugak kan ?”

            “Alaa Mak Lang ni ! Jia serius la . Tengok ni , haa . Mana ada Jia main-main . Ohh, kita nak pergi Penang la ni .”

            “Yelah Cik Jia ooii , kita nak pergi Penang . Uncle Mus Jia tu , nak jumpa kawan lama dia .”

            “Kawan lama ? Uncle Mus ada kawan kat Penang ke Mak Lang ?? Jia tak tahu pun !”

            “Jia tak tanya .”
           
            “Mak Lang ni ! Suka sangat sakat Jia . Jia tahu la Jia blur .

            “Sedar takpe .”

            “Mak Langggg !!! Ishhh …”

            “Sudah , pergi start packing . Mak Lang pun banyak barang nak kena siapkan ni . Si Hykal tu , nama saja abang , tapi tak boleh harap . Semua ni , walid dia punya pasal . Bagi muka sangat kat budak tu .”

            “Yelah , Jia nak pergi packing la ni . Sabar separuh daripada iman Mak Lang !”

            Ohh yes ! Vacation ? Penang ?? Duduk hotel kat Penang , baru terasa macam ada makna . Yelah , ada laut , pantai , bunyi desiran ombak yang mendayu-dayu . Swimming pool ! Dekat KL ni , ada ke pun hotel yang ade pool ? Hehhh , mimpilah . Banyaknya benda nak kena buat !

            Penang ! I’m cominggg ! 

intro ! 1..2..3.. Cobaan Cinta

By : Zaraa Zahmin

TAJUK : 1.. 2.. 3.. Cobaan Cinta .

“salahkah andai pertanyaanku itu tiada makna ?” :- jia

“kita tak pernah berjanji , namun aku sudah terikat pada persoalanmu.” :-qusyairy


JIA ZARA seorang gadis yang positif . masih muda dan tidak terburu-buru untuk mengejar kemewahan dunia . Matang dan bijak dalam membuat keputusan . tak pernah tersungkur pada mana-mana adam yang mampu untuk mencairkan hati hawanya . dalam erti kata yang lain , jia juga bijak mengawal emosi . namun , pertemuan singkat itu membuatkan hati jia jadi tidak keruan . lelaki itu telah membuatkan hidup jia jadi tidak tentu arah . Qusyairy memenuhi kuota yang ditetapkan jia sebagai lelaki pilihan .  peluang yang ada tidak jia gunakan dengan sebaiknya .sesalan itu terselit secara diam-diam . tiada sebarang perkenalan rasmi diantara mereka yang membuatkan sesalan jia semakin menebal . 3 tahun berlalu , jia masih mengharapkan qushairy . tulus cinta tengku nazril turut dibalas hambar . kerana qusyairy , jia sanggup merana .

NABIL QUSYAIRY pria yang bisa meruntun hati gadis yang melihat ketampanan wajahnya . rambut panjang separas bahu , sunnah nabi menjadi ikutan . seorang yang cepat putus asa namun akhirnya berfikiran waras hanya kerana pesanan dan dorongan dari ibu tercinta . perkenalan yang sekejap itu membawa impak yang mendalam terhadap dirinya . menyesali kebodohan sendiri yang tidak mengorak langkah pertama untuk bertanyakan tentang alternatif untuk terus berhubung dengan dewi pujaan . mana mungkin jia memulakan langkah . masakan timba mencari perigi . keresahan tak pernah hilang walaupun 3 tahun telah berlalu . hana laila terus-terusan membayangi langkah qusyairy . rimas diperakukan begitu , namun qusyairy bukan jenis lelaki yang kasar dengan wanita .Siapa tahu , qusyairy jua merasakan kesakitan jia .

TENGKU NAZRIL mencintai jia pada pandangan pertama . walaupun pada hakikatnya , dari awal lagi telah jia maklumkan bahawa hati jia hanya pada qusyairy . namun , tengku nazril tidak berputus asa . usaha terus ditingkatkan . rasa sayang tehadap jia semakin menebal apabila jia semakin kecewa terhadap kebodohan silamnya itu . namun , berjayakah tengku nazril menawan hati kerikil jia yang hanya terukir nama qusyairy ?

HANA LAILA tak pernah mengalah dalam usaha menawan hati qusyairy . biarpun sudah banyak kali dikecewakan namun terus-terusan membayangi jejak langkah qusyairy . sehinggakan sanggup menjatuhkan maruah sendiri semata-mata hendak membuktikan kesungguhannya untuk memiliki sekeping hati nabil qusyairy . sungguhlah madah pujangga , cinta itu memang buta .